Thursday 21 May 2009

Ayat Pertama Surah al-Baqarah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
جمعة مباركة
ألــــــم
Ayat pertama ini hanya terdiri daripada 3 huruf sahaja. Cara menyebutnya saya rasa semua orang sedia maklum. Huruf "أ" cara menyebut ialah "alif". Huruf "ل" cara menyebutnya ialah "laaaaaam" iaitu dengan dipanjangkan dengan kadar 6 harakat. huruf "م" pula cara sebutannya adalah "miiiiiim" iaitu dengan di panjangkan dengan kadar 6 harakat (gerak jari).
Jadi sebutan bagi ayat ini ada seperti berikut "Alif Laaaaaammm Miiiiiim". Huruf "أ" tidak perlu dipanjangkan sama sekali. Sebaik sahaja seorang pembaca selesai menyebut huruf "Miiiiim" dan sebelum menyebut huruf "Laaaaam" hendaklah seseorang pembaca membaca dengan dengung dengan kadar 2 harakat. Jadi sebutan sebetulnya bagi ayat ini ialah "Alif (tidak perlu dipanjangkan, Laaaaaam (perlu dipanjangkan dengan kadar 6 harakat,seterusnya diikuti dengan dengung sebanyak dua harakat, Miiiiiim yang dibaca dengan panjang 6 harakat.
Kesalahan yang biasa terjadi pada ayat ini ialah
1) Tidak memanjangkan sebutan huruf "ل" dan "م" dengan kadar yang sepatutnya.
2) Meninggalkan dengung yang sepatutnya dibaca pada akhir sebutan huruf "ل" dan sebelum sebutan huruf "م"
3) Kesalahan yang ketiga ini amat jarang saya temui. Sepanjang saya mengajar al-Quran hanya sekali sahaja. Iaitu ada seorang pembaca yang membaca ayat ini seperti berikut "ALAAAAAAM". Ini hanya satu kes terpencil dan saya harap tidak ada pembaca yang melakukan kesalahan yang dikira satu kesalahan yang amat memalukan :).

1 comments:

Guru Tajwid said...

Hukum ini dinamakan mad lazim harfi muthaqqal,iaitu apabila huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sabdu di dalam huruf.Sebenarnya ia memerlukan huraian yang panjang.

Kita perlu dengung sebanyak dua harkat diantara huruf lam dan mim kerana disitu berlakunya hukum idgham mislain soghir,iaitu mim mati bertemu dengan huruf mim.

Sebenarnya masih ramai lagi dikalangan pembaca-pembaca al-Quran yang tidak belajar ilmu tajwid yang menyebut huruf-huruf tersebut dengan bunyi,iaitu "alaaaammaa".

Seperti yang dikatakan faiz,memang suatu perkara yang amat mengaibkan sekiranya berlaku kesilapan sedemikian,apatah lagi kalau kesilapan tersebut dilakukan oleh golongan yang tak sepatutnya.