Friday 9 April 2010

Ayat Kelima Surah al-Baqarah

أولـئك على هدى من ربهم وأولـئك هم المفلحون


Assalamualaikum....

Kebanyakkan perkara berkait dengan hukum tajwid dalam ayat ini telah disentuh oleh saya dalam tulisan yang sebelumnya.

1- أولـئك Kesalahan yang kadang-kadang berlaku pada kalimah ini antaranya memanjangkan أو. Ia sepatutnya dibaca dengan pendek sahaja. Kesalahan lain pula ialah membaca mad jaiz (mad munfasil) lebih atau kurang dari kadar yang sepatutnya iaitu empat harakat. Untuk pengetahuan pembaca, mad munfasil ini boleh dibaca kurang atau lebih dari empat dengan syarat kita perlu kita ketahui.


2- م yang bertasdid perlu didengunkan sebutannya dengan kadar 2 harakat.

3-
من ربهم Nun yang mati dan selepasnya ada huruf ر , nun tersebut tidak perlu disebut, sebutan sebenarnya ialah seprti tulisan ini -----> mirrobbihim dan bukannya ----> minrobbihim, jadi berhati-hatilah. Ramai yang tersilap semasa membaca kalimah-kalimah yang seumpamanya.

4-هم المفلحون Perlu berhati-hati ketika menyebut huruf ح dan huruf هـ. Kedua-duanya keluar dari tempat yang berlainan dan mempunyai sifat yang berbeza.