Monday 4 May 2009

Ayat Ketujuh Surah al-Fatihah

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Untuk ayat ini saya akan bahagikan kepada dua, bagi memudahkan para pembaca memahaminya dengan cara yang lebih mendalam.
Kesalahan pertama: Pada perkataan صراط , perlu berhati-hati semasa menyebut huruf "sod" pada perkataan "صراط", jangan bertukar sebutannya dengan huruf sin "س".
Kesalahan kedua: Sebutan huruf ر pada pada perkataan "صراط". Huruf "ر" yang berbaris di atas bunyinya adalah "ro" bukannya "RA".
Kesalahan ketiga: Sebutan huruf "ذ" juga pada perkataan "الذين". KESALAHAN semasa menyebut huruf ini amat kerap berlaku di kalangan pembaca al-Quran. Mungkin 80% tidak menyebutnya dengan cara yang betul atau mungkin lebih dari itu. Huruf "ذ" tempat keluarnya adalah dari hujung lidah iaitu dengan cara meletakkan hujung lidah di antara dua gigi hadapan sebelah atas dan bawah. Untuk menyebutnya dengan cara yang betul memerlukan kita mendengar sebutan dari mulut seseorang guru al-Quran. Pembaca boleh merujuk kepada rajah makhraj huruf dalam posting saya yang lepas.
Biasanya kita akan menyebut huruf "ذ" sama seperti huruf "ز" sedangkan kedua-duanya keluar dari tempat yang berbeza, jadi sudah pasti bunyinya juga berlainan. Pembaca perlu memberi penekanan yang lebih kepada huruf "ذ" semasa membaca al-Quran bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang saya nyatakan.
Kesalahan keempat: Kesalahan semasa membaca al-Quran tidak sama antara seorang pembaca dengan yang lain. Ada huruf agar mudah untuk kita menyebutnya tetapi pada masa yang sama ianya agar sukar dituturkan oleh orang lain. Perkataan "أنعمت", ada yang agar tersasul ketika menyebut huruf "أ" sehingga menyerupai sebutan huruf "ع". Pembaca juga perlu berhati-hati semasa menyebut huruf "ن" yang mati pada perkataan ini. Pastikan sebutannya adalah nun yang mati dan bukannya MIM yang mati.
Kesalahan kelima:"عليهم", Pastikan kita menyebut huruf lam yang berbaris di atas yang selepasnya terdapat huruf "ي" yang mati dengan cara yang tepat. Sebutan yang tidak cermat menyebabkan bunyi huruf lam yang berbaris di atas bercampur dengan huruf lam yang berbaris di bawah. Berhati-hatilah.
Kesalahan keenam: "هـ" yang berbaris dibawah terutamanya jika diikuti dengan huruf mim yang mati, sebutannya yang sebetulnya ialah "HIM" bukannya "HEM". Untuk memastikan kesahihan sebutannya tidak dapat tidak perlu mendengar dari sebutan guru al-Quran.
Saya berhenti disini dulu, akan disambung pada masa yang lain. Wassalam

4 comments:

Cik Es said...

assalamualaikum ustaz,
sy kurang jelas sikit..
apa yg ustaz maksudkn pd kesalahan ke5 tu.. "nun yang mati dan bukannya mim yg mati"
harap boleh explain sket..hehe
jazakallah

Mohd Faiz Hakimi Mat Idris said...

wsalam.....

Saya khususkan kesalahan tersebut apabila kita menyebut huruf "lam" yang mati yang selepasnya disusuli huruf "ya" yang mati. Iaitu pada perkataan "عليهم". Untuk saya nyatakan disini bagaimana kesalahan itu berlaku agak sukar, saya perlu terlebih dahulu mendengar sebutan saudari, selepas itu barulah diperbetulkan sebutan tersebut.

Cik Es said...

owh.. syukran ustaz..
andai sy nk perdengarkn bacaan sy.. macamana sy nk hubungi ustaz?

Mohd Faiz Hakimi Mat Idris said...

Assalamualaikum...

Saudari boleh hubungi saya di no
0139517348. Mungkin bila saudari dah pendengarkan bacaan kepada saya, saya boleh memperbetulkan mana-mana yang perlu diperbetulkan.

wsalam