Monday 23 March 2009

Guruku Syeikh Abdullah Jauhari Sayyid

Beliau meninggal dunia semasa sedang memberi tazkirah pagi di Masjid Jam'iyyah Shar'iyyah di Jala' yang terletak berhampiran dengan Ramses. Beliau semasa hayatnya selalu berpesan agar mendoakan beliau dengan doa ini

"اللهم اجعل ترب شيخى عبدالله الجوهرى فى بقيع"

آمـــين



Monday 16 March 2009

Ayat Pertama Surah al-Fatihah.



بسم الله الرحمن الرحيم
Terdapat beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh pembaca semasa membaca ayat pertama Surah al-Fatihah.


Kesalahan pertama ialah pada sebutan huruf "sin" pada perkataan سم". Kesalahannya ialah semasa menyebut huruf huruf sin kedengaran bunyi seperti qalqalah pada huruf "sin" sekalipun ianya telah dimatikan. Sebutan sebetulnya ialah "bismi" dan bukannya "bis se mi".


Kesalahan kedua yang biasa terjadi pada ayat ini ialah pada sebutan huruf "ha" pada perkataan "الرحمن". Huruf "ha" sepatutnya dikeluarkan dari tengah halkum dan bukannya dari pangkal halkum. Perlu berhati-hati semasa menyebut huruf "ح". Ianya berbeza dengan sebutan huruf "هــ".


Kesalahan ketiga juga biasa terjadi bagi mereka yang agak kurang berhati-hati semasa menyebut huruf "ro" pada kalimah "الرحمن " dan "الرحيم". Sebutan huruf "ر" yang sebetulnya adalah "ro" bukan "ra". Terkadang ada juga yang menyebut huruf "ر" dengan dari makhraj huruf "غ". Cuba perhatikan rajah di atas kedudukan makhraj huruf "ر" dan "غ". Ada juga yang mengetarkan lidah lebih dari sepatutnya semasa menyebut huruf "ر". Ini juga satu kesalahan. Contohnya ketika kita menyebut huruf "R" pada perkataan "Rahman" Elakkan dari menyebut huruf "R" tersebut lebih dari sekali seperti "RRahman", "RRRahman" dan seumpamanya.



Kesalahan keempat pula ialah terdapat bunyi seperti qalqalah sekalipun huruf "ح" tersebut telah dimatikan. Bunyi sepatunya ialah "roh" dan bukannya "roh he".


Kesalahan kelima pula semasa ialah semasa menyebut huruf "ح" pada perkataan "الرحيم". Berdasarkan pengalaman, kesalahan yang biasa terjadi disini ialah sebutan huruf "ح" tanpa disedari bertukar dengan huruf .

**Perhatikan makhraj (tempat keluar) bagi huruf "ح" dan juga "هـ". Kedua-duanya keluar dari dua makhraj yang berlainan.