Thursday 11 June 2009

Ayat Kedua Surah al-Baqarah

ذلــك الكتاب لا ريـب فيه هدى لــلمتقيــن


Kesalahan yang biasa berlaku dalam ayat ini adalah seperti berikut:

1) Huruf "ذ", sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, tempat keluar bagi huruf "dhal" ialah hujung lidah, iaitu dengan cara meletakkan hujung lidah antara dua gigi hadapan yang atas dan bawah. Jika tidak dilakukan sedemikian huruf ini akan bertukar menjadi sebutan huruf "ز".


2) Huruf "ل" yang berbaris di bawah pada dua perkataan "ذلك" dan "للمتقين". Pembaca perlu berhati-hati semasa menyebut huruf "lam" yang berbaris dibawah, jika tidak sebutannya menjadi tidak tepat dan bunyinya bercampur seperti huruf "ن" yang berbaris di bawah.


3) Jika kita perhatikan pada ayat ini terdapat tanda "bintang 3". Bintang tiga ini bermaksud pembaca diberi pilihan samada ingin berhenti pada bintang tiga yang pertama atau pun kedua. Tetapi perlu diingatkan jika kita memilih berhenti bintang tiga yang pertama kita tidak lagi perlu berhenti pada bintang 3 yang kedua. Dan jika kita memilih untuk berhenti pada bintang tiga yang kedua, kita tidak lagi perlu berhenti pada bintang tiga yang pertama. Dalam membaca ayat ini saya mengikut jejak guru saya Syeikh Abdullah Jawhari yang memilih untuk berhenti pada bintang tiga yang kedua.


4) Ramai pembaca melakukan kesalahan tajwid ketika membaca "idgham bila ghunnah". Idgham bila ghunnah ialah apabila tanwin atau pun nun mati bertemu dengan huruf "lam" atau pun 'ro". Pada ayat "هدى للمتقين" terdapat tanwin di atas huruf "د" dan selepasnya pula terdapat huruf "ل". Bacaan yang sebetulnya ialah seperti berikut "hudallilmuttaqin" dan bukannya "hudan lilmuttaqin". Tanwin tersebut perlu dimasukkan terus ke dalam huruf "lam" dengan tidak perlu didengunkan sama sekali. Jadi berhati-hati apabila bertemu dengan kes yang seperti ini. :)

1 comments:

Guru Tajwid said...

Assalamualaikum faiz,

Kebanyakan pembaca al-Quran terlalu memandang ringan pada sebutan huruf-huruf al-Quran tanpa menitik beratkan makhraj dan sifat huruf tersebut.

makhraj huruf "zhal" ialah hujung lidah ditekankan pada belakang gigi gunting bawah,diantara bahagian depan lidah dan langit-langit keras.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar selama tiga tahun,kebanyakan anak murid yang baru belajar dengan saya mesti salah apabila menyebut hari "zhal" ni.

Sebenarnya keperluan kepada belajar ilmu tajwid amat penting kerana hanya dengan ilmu tersebut kita dapat membaca al-Quran dengan betul dan tepat.