Saturday 11 April 2009

Ayat Keempat Surah al-Fatihah

مالك يوم الدين

Kesalahan yang biasa berlaku semasa membaca ayat ini ialah:


Yang pertama pada sebutan huruf "lam" pada perkataan "مالـــك".Terdapat sebilangan pembaca yang tidak menyebut huruf "lam" yang berbaris bawah tersebut dengan sebetulnya. Ini menyebabkan bunyi "lam" yang berbaris bawah tersebut bercampur dengan bunyi huruf "nun" yang berbaris dibawah. Justeru perlu beringat semasa menuturkan huruf lam yang berbaris di bawah. Pada pandangan saya kesalahan ini mungkin ada kaitan dengan kedudukan lam dan nun yang amat dekat makhrajnya, bahkan ada yang mengatakan lam dan nun ini keluar dari makhraj yang sama. Sekali lagi saya ingatkan disini tentang perlunya menyamakan kadar harakat semasa berhenti pada perkataan "الدين".

3 comments:

neeZhom said...

Salaaam. memang power!!! baguih2, teruskan usaha ya syeikh!!! jazaakallahu khoirol jazaa'

nnt ble menuntut dengan ustaz Faiz nih :D

Anonymous said...

hhmm, aad jugok yg bertukor sebutan antara Lam dengan nun yerr, maybe sengau agaknya tuu ustaz!! :D

Mohd Faiz Hakimi Mat Idris said...

kalo dah belajar tak bertukar la :)