Friday, 24 April 2009
Ayat Keenam Surah al-Fatihah
Saturday, 18 April 2009
Ayat Kelima Surah al-Fatihah
Pertama: Ketika menyebut huruf "ya" yang bertashdid pada perkataan "إياك". Ya yang bertashdid tidak perlu menyebutnya dengan begitu berat hingga menyebabkan sebutannya tidak tepat dan bercampur bunyinya dengan huruf jim.
Kedua: Semasa menyebut huruf ain yang mati pada kalimah "نعبد". Pembaca perlu berhati-hati dan cermat semasa menyebut huruf ain agar ianya di keluarkan dari makhrajnya yang sebenar. Ramai juga pembaca yang terkadang mengeluarkan huruf ain dari makhraj huruf hamzah. Selain itu terdapat juga tidak menyebut dengan tepat huruf ain, iaitu tidak mematikannya secara sepenuhnya. Ini biasanya dilakukan oleh pembaca-pembaca dari Arab,tak kurang juga orang Melayu yang melakukannya.
Ketiga: Menyebut huruf sin yang mati secara tidak tepat sehingga terdapat lebihan/lajakan dari huruf tersebut sekalipun ia bukan huruf qalqalah, iaitu pada perkataan "نستعين" . Bunyinya adalah seperti tulisan ini "nas" dan bukannya "nas-se". Sekali lagi ingin saya ingatkan agar berhati-hati semasa menyebut huruf ain pada perkataan ini. Selain itu perlu disamakan panjang dan pendek mad semasa berhenti pada ayat ini. Wallahu A'lam.
Saturday, 11 April 2009
Ayat Keempat Surah al-Fatihah
Kesalahan yang biasa berlaku semasa membaca ayat ini ialah:
Ayat Ketiga Surah al-Fatihah
Terdapat beberapa kesalahan yang biasa berlaku semasa kita membaca ayat ini.
Kesalahan semasa menyebut huruf "ر" dan "ح" telah saya nyatakan semasa membincangkan ayat yang pertama. Perlu diingatkan agar kita menyamakan harakat (panjang dan pendek) semasa kita wakaf (berhenti) pada setiap akhir ayat. Jika sekiranya kita berhenti pada akhir ayat pertama dengan empat harakat maka begitulah seterusnya pada akhir ayat-ayat yang berikutnya.
Ayat Kedua Surah al-Fatihah
Beberapa kesalahan yang sering terjadi semasa membaca ayat ini.
Pertama ialah ketika menyebut huruf lam yang mati pada perkataan "الحمد" . Jika tidak menyebutnya secara berhati-hati akan menyebabkan sebutannya bertukar daripada "al-hamdu" kepada "al-le-hamdu". Huruf "ح" telah disentuh oleh saya semasa membincangkan ayat yang pertama sebelum ini.
Kesalahan lain yang biasa terjadi ialah semasa menyebut huruf ain "ع" pada perkataan
"العــالمين". Sering kali pembaca terkeliru ketika menyebut huruf ain, menyebabkan mereka mengeluarkan huruf tersebut dari makhraj huruf "hamzah". Huruf ain sepatutnya dikeluarkan dari tengah halkum manakala hamzah pula keluar dari pangkal halkum. Sila rujuk tempat keluar huruf dalam pos yang pertama.
Tahap Bacaan Al-Quran Anda Secara Bertajwid
المـرئيات
Islam Inside

Hijri Calendar
