Friday 16 October 2009

Ayat Keempat Surah al-Baqarah

والذين يؤمنون بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك وبالآخرة هم يوقنون


1- والذين biasanya pada kalimah ini, kesalahan biasa terjadi ketika menyebut huruf "ذ". Ramai


yang mengeluarkan huruf ini dari makhraj huruf ز


2- Pada perkataan "يؤمنون" , kesalahan biasa berlaku pada huruf "ء" yang mati. Terkadang ada

yang menyebut huruf tersebut dari makhrah huruf "ع", ini menyebabkan bunyinya berubah.

Sepatutnya "ء" itu dikeluarkan dari pangkal halkum dan bukannya dari tengah halkum yang

merupakan makhraj bagi huruf ع


3- Kalimah بما أنزل , kemungkinan ada dikalangan kita yang membaca mad jaiz/munfasil dengan

kadar panjang yang tidak sepatutnya. Saya sarankan kepada pembaca agar membaca mad

jaiz dengan kadar empat harakat. Sekali lagi saya ingin ingatkan tentang nun yang mati yang

bertemu dengan huruf "ز". Pastikan pembaca membaca secara ikhfa' serta disertai dengan

dengun dua harakat.



4- Kalimah إليك , biasa terdapat dikalangan pembaca yang tidak menyebut dengan tepat huruf

lam yang berbaris di atas yang diikuti dengan huruf ya yang mati. Sukar untuk saya nyatakan

bentuk kesalahan tersebut disini, cuma saya ingin mengingatkan pembaca agar teliti apabila

pertemu dengan huruf lam yang berbaris di atas dan diikuti dengan huruf ya yang sakinah.


5- Kalimah ini وما أنزل sama seperti di atas (no 3), jadi pembaca boleh merujuk apa yang tertera.


6- من قبلك Saya rasa kita semua sedia maklum hukum nun mati bertemu dengan qof, pastikan

dengun tersebut ditebalkan kerana qof merupakan salah satu huruf isti'la' yang tujuh.


7- وبالآخرة Pastikan huruf kho yang berbaris dibawah disebut dengan cara yang tepat. Ketebalan

sebutannya menjadi berkurangan disebabkan baris bawah padanya. Untuk kefahaman yang

lebih jelas pembaca bolehlah merujuk kepada guru-guru al-Quran.



8- هم يوقنون Amat jarang kesalahan pada kalimah ini, sebutannya agar mudah, cuma perlu berhati

hati ketika menyebut huruf qof yang berbaris di bawah, tidak terlalu tebal seolah-olah qof itu

berbarid di atas dan tidak terlalu nipis sehingga sebutannya menjadi seperti huruf kaf.


Wassalam








0 comments: